Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple
Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple

Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple

Posted on

swampdawamp.info –¬†Pokok kari juga dikenali dengan nama kariveppilai dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, kari dipanggil dengan nama neem hitam, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun demikian sebenarnya kari tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari tiada kaitannya dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum.

Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple
Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple

Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buah daripada kari dapat dimakan, akan tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Oleh sebab itu buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Daun kari dipercayai mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Kari juga dipercayai mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin. Daun kari dipercayai mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di negara India.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat daun kari. Hari ini saya akan berkongsi tentang Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 1 – 1 1/2 labu bawang besar di mayang halus
  • 500 – 750gm daging yang dihiris halus dan direbus (air rebusan ambik sedikit buat kuah)
  • 2- 3 ulas bawang putih di mayang halus
  • 2 – 3 sudu cili merah blend
  • 2 – 3 sudu rempah kari ayam & daging
  • 1 – 2 batang daun kari
  • 2 inci halia di mayang halus
  • 1 – 2 biji kentang (belah 4 dan rebus dulu kasi empuk)
  • Rempah 4 beradik (1 batang kayu manis, 2 kelopak bunga lawang, 2 biji pekkak dan 3 batang bunga cengkih)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air asam jawa secukup rasa

Cara-cara memasak :

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dengan rempah 4 beradik sampai naik bau.
  2. Masukkan daun kari sekali masa menumis.
  3. Dah nampak bawang kekuningan, masukkan cili merah blend.
  4. Masukkan rempah adabi (ada orang bancuh dengan air sedikit, tapi aku tak bancuh sebab baca blog kata lebih sedap masuk rempah kering macam tu dan goreng dengan api sederhana, tapi jangan sampai hangus)
  5. Dah pecah minyak, masukkan daging yang sudah direbus, masukkan sedikit air rebusan sebagai kuah.
  6. Masukkan kentang yang sudah direbus.
  7. Bila dah semua sebati, masukkan air asam jawa pekat agak-agak je. Ni nak bagi kuah rasa pedas-pedas masam.
  8. Tambah air kalau kuah kurang tapi kari lebih sedap kalau kuah dia pekat-pekat sedikit.
  9. Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
  10. Siap untuk dihidangkan

Mudah sahaja kan resepi yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Kari Daging Mamak yang Paling Sedap dan Simple at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan sangat baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain daripada itu daun ternyata kari juga dipercayai dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga dapat dibuat ulam.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *