Resepi Ayam Kari Paling Simple
Resepi Ayam Kari Paling Simple

Resepi Ayam Kari Paling Simple

Posted on

swampdawamp.info – Daun kari boleh nak kita jadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman . Daun kari juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar ciri-birit dan busir. Untuk mengatasi masalah loya dan pening, caranya cukup dengan campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit honorgea, dan menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Resepi Ayam Kari Paling Simple
Resepi Ayam Kari Paling Simple

Untuk mengawal penyakit diabetes, caranya dengan merebus kulit batang kari yang kering lepastu minum air rebusan kulit batang kari. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Untuk rambut panjang dan sihat, campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan campuran tadi sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat daun kari. Hari ini saya akan berkongsi tentang Resepi Ayam Kari Paling Simple. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 6 ketul ayam bersaiz sedang
  • 2 ubi kentang dipotong
  • 2 asam keping
  • 1 bawang besar – dihiris nipis
  • 3 bawang putih – dihiris nipis
  • 1 inci halia – dihiris nipis (ketiga-tiga bahan ni kalau nak blend halus pun boleh)
  • 2 pelepah daun kari
  • 2 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis saiz sedang
  • 2 buah pelaga
  • Rempah kari ayam/daging – dibancuh dengan air panas (kuantiti rempah ikut citarasa — nak pedas/tak)
  • Santan kotak
  • Garam, gula, serbuk cukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak :

  1. Tumis bahan dihiris nipis + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga + daun kari — sampai naik bau. Jangan sampai terhangit.
  2. Agak dah wangi, masukkan bancuhan rempah. Kacau rata. Biar sampai pecah minyak. Api perlahan saja, jangan kuat sangat nanti rempah kat keliling periuk jadi hangit.
  3. Rempah dah pecah minyak, masukkan ubi kentang. Gaul-gaul rata then masukkan ayam. Sampai nampak ayam agak kecut, tambahkan air (ikut citarasa nak kari jadi banyak atau sikit) dan biarkan sampai mendidih — ayam masak + ubi empuk.
  4. Dah agak empuk ayam & ubi, bolehlah tambah santan dan asam keping. Adjust kepekatan kari yang dikehendaki. Kalau nak pekat, tambah santan lagi. Kalau kari jadi pekat sangat, tambah air semula. Then tambah garam, gula, serbuk perasa ikut citarasa masing-masing.
  5. Lepas mendidih, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Ayam Kari Paling Simple at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Untuk merawat gigitan serangga dan berbisa, buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan. Bagi lebam dan bengkak, daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu. Untuk kecantikan, amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga pokok kari. Buat tehdari daun kari untuk rambut. Rebus secekak daun kari dalam air, masukkan sedikit air limau dan gula ke dalamnya.

Minum teh kari setiap hari selama seminggu.Teh kari akan melebatkan rambut, menjadikannya licin, berkilat dan mencegah uban. Buat masker rambut untuk mengelakkan keguguran. Ambil secekak daun kari dan tumbuk dan jadikan pes. Campurkan pes ini dengan yogurt dan urut pada rambut. Biarkan di kepala selama 25 minit dan cuci dengan syampu yang lembut. Gunakan masker ini setiap minggu secara konsisten untuk melihat rambut yang lebat. Buat tonik rambut untuk mengatasi keguguran.

Masakkan sedikit daun kari dan minyak kelapa hingga campuran tadi berwarna hitam. Sapukan ke seluruh bahagian kulit kepala bila campuran telah sejuk. Biarkan selama sejam dan cuci dengan syampu yang lembut. Gunakan tonik minyak kelapa dan daun kari tadi dua kali seminggu untuk melihat hasilnya dalam tempoh 15 minggu.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *