Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah

Posted on

swampdawamp.info –¬†Buah pelaga memiliki rasa yang sangat unik dan khasiat antioksidan yang lumayan tinggi. Buah pelaga selain digunakan untuk masakan, buah pelaga juga dimanfaatkan untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dipercaya dapat menghapuskan bakteria dan disamping itu buah pelaga boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Buah pelaga juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dipercaya dapat menyegarkan bau mulut dan nafas. Di negara Arab, mereka gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu.

Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah

Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing. Sekiranya nak lebih kuat aroma buah pelaga dan rasa buah pelaga bertambah kuat, caranya ketuk buah pelaga lepastu rendam selama 10 sampai 15 minit dengan guna air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau kaorang suka boleh lah maniskan buah pelaga dengan guna madu. Sebenarnya banyak sekali herba yang terdapat di dalam kabinet dapur kita, yang dipercaya dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan badan, cuma kita perlu tahu bagaimana nak manfaatkannya. Apa pun bila nak mencuba, mulalah dengan kuantiti yang sedikit. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, sesuatu yang sesuai dengan kita belum tentu sesuai dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat buah pelaga. Hari ini saya akan berkongsi tentang Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • Ayam – saya ambil dua belah paha potong sederhana.
  • 1 biji ubi kentang – belah 4
  • Garam
  • Gula
  • Penambah perisa
  • Santan KARA 1/2 kotak ( Lagi sedap santan original ) – santan KARA je stok dalam rumah selalu.

Bahan kisar/tumbuk :

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Bahan tumis :

  • 4 sekawan – pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang merah ( hiris nipis)
  • 1 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 1/2 inci halia ( hiris nipis )

Paste rempah :

  • 3 sudu besar rempah kari Allagapas + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati.

Cara-cara memasak :

  1. Panaskan minyak cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
  2. Masukkan bahan tumis. Saya masuk sekali gus. Kacau hingga bau harum.
  3. Masukkan paste rempah tadi. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus nanti gulai rasa pahit.
  4. Sesudah rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
  5. Masukkan kentang dan kacau sekejap.
  6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan air.
  7. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak. Lama juga nak tunggu minyak naik..
  8. Apabila sudah pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan nasi putih.

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Ayam Masak Kari Paling Mudah at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *