Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta
Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta

Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta

Posted on

swampdawamp.info – Gula Palma atau lebih dikenali sebagai ‘gula melaka’ atau ‘gula anau’ di Malaysia sebenarnya adalah pemanis gantian asli yang amat baik. Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa gula ini jauh lebih sihat dari gula pasir biasa. Ia telah lama dijadikan bahan untuk membuat kuih-muih, cendol, pengat dan lain-lain makanan tradisi kita. Gula Palma ini boleh dihasilkan dari nira pokok kelapa, pokok enau, pokok kurma dan sebagainya. Kajian yang dibuat di Filipina menunjukkan pemanis dari jenis gula palma ini mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 35.

Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta
Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta

Ia juga mengandungi vitamin dan mineral didalamnya. Walaubagaimanapun kerana kandungan kalorinya yang tinggi maka jumlah yang diambil perlu dijaga agar tidak berlebihan dan rasanya agak tidak sesuai jika digunakan dalam minuman seperti kopi atau teh. Gula palma ini lebih sesuai digunakan dalam masakan seperti sambal atau kari kerana ia mempunyai rasa yang lebih enak. Disamping itu, kuih muih tempatan kita juga perlu menggunakan lebih banyak gula ini kerana ia lebih sihat dari gula pasir yang biasa.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat gula melaka. Hari ini saya akan berkongsi tentang Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging
  • 4-5 ulas bawang putih – hiris
  • 2 biji kentang – potong 4
  • 1 biji bawang besar – cincang
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1/2 sudu besar cili kisar – opsyenal
  • Rempah – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Sedikit pes asam jawa

Cara-cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bawang bawang dan halia. Tumis sehingga layu dan wangi. Masukkan cili kisar, jika suka. Tumis sehingga cili garing. Tuangkan serbuk kari yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan air. Kacau lagi sehingga rempah kari masak.
  2. Masukkan daging dan digaul rata bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak.
  3. Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang.
  4. Setelah mendidih dan hampir pecah minyak, baru dimasukkan kerisik, garam, asam jawa dan gula Melaka.

Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit. Setelah daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Tips :

  • Kari daging sedap dimakan dengan nasi putih dan juga roti.

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Kari Daging Lazat dan Mudah Dicipta at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Tidak seperti gula pasir, gula merah mengandungi zat-zat garam mineral terutama Iodium yang membantu proses kecerdasan minda seseorang; phosporas, magnesium, kalsium, natrium dan sebagainya yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Gula merah juga mempunyai kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula merah kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat Protein.

Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula merah amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak2. Malah mengikut satu kajian nutrisi di Amerika Syarikat baru2 ini, gula merah didapati mengandungi khasiat pemakanan yang hampir sama dengan madu lebah.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *