Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap
Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap

Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap

Posted on

swampdawamp.info –¬†Bawang bukan hanya bertindak sebagai penyedap masakan, tapi bawang mempunyai khasiatnya sendiri yang sangat baik bila kerap diamalkan. Ironinya di Malaysia, kita akan menggunakan bawang merah ketika memasak kerana bawang merah memberi satu sensasi rasa pada masakan kita. Kali ini, saya ingin berkongsi kebaikan bawang merah selain untuk memasak. Salah satu perkara yang boleh anda lakukan dengan bawang merah adalah menghirisnya dan kemudian masukkan ke dalam bekas.

Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap
Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap

Tempatkan bekas berisi bawang merah tadi dalam bilik mahupun bahagian rumah yang anda inginkan. Membiarkan ia beberapa ketika akan membersihkan udara sekaligus membunuh bakteria yang membuatkan kita jatuh sakit. Sewaktu diserang selesema atau demam, potong bawang dan letakkan dalam bilik. Bau bawang yang menyengat akan meneutralkan udara serta menyerap virus selesema. Untuk memastikan udara dalam rumah sentiasa bersih, anda boleh melakukan amalan ini setiap tiga hari.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat bawang merah. Hari ini saya akan berkongsi tentang Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging batang pinang – potong ikut jalur daging
  • 3-4 biji kentang – potong ikut suka
  • 2 biji tomato – belah 4
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan (A) :

  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah – hiris nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar – hiris bulat nipis

Bahan (B) Kisar :

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang bombay
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • Sedikit kunyit hidup – kalau tak ada guna kunyit serbuk campur dalam rempah kari

Bahan (C) :

  • 5 sdm serbuk kari babas
  • 2 sdm serbuk kurma *bancuh dengan sedikit air untuk jadi paste*

Bahan (D) :

  • 1 ketul kiub ayam/ lembu
  • 2 sdm sos tomato / air asam jawa
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak :

  1. Rebus daging yang telah di hiris terlebih dahulu dengan api sederhana sehingga lembut. Air rebusan jangan di buang ye.
  2. Panaskan minyak ke dalam periuk/ kuali dan masukkan bahan A – rempah tumis terlebih dahulu diikuti bawang dan daun kari.
  3. Bila bawang dah kuning masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang betul-betul masak. Pastikan minyak lebih supaya bawang senang masak.
  4. Kemudian masukkan paste kari dan kecilkan api. Kacau selalu supaya kari tidak hangus. Kalau kurang minyak tambah lagi. Masak sehingga kari pecah minyak.
  5. Masukkan isi daging rebus tadi tanpa air dan kacau sebati. Kalau pekat boleh masukkan air rebusan dan kacau lagi.
  6. Biarkan mereneh sekejap dan masukkan kentang. Biarkan sehingga kentang 3/4 masak dan masukkan perasa – garam, gula dan kiub ayam.
  7. Rasa secukupnya dan lebihkan sedikit gula serta masukkan air asam jawa/ sos tomato dan kacau sehingga kentang masak.
  8. Boleh masukkan susu cair dan tomato. Biarkan mereneh dalam 5-7 minit dan tutup api.

Notes :

  • KALAU KUAH TERLALU PEKAT SELEPAS MASUKKAN SUSU CAIR BOLEH TAMBAH LAGI DENGAN AIR REBUSAN DAGING.

Mudah sahaja kan resepi yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Kari Daging Tanpa Santan yang Mudah dan Sedap at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Lebih menarik lagi, bawang merah yang sentiasa dikaitkan dengan bau badan ini sebenarnya boleh menghilangkan aroma kurang enak. Sebut sahaja dapur, ruang tamu mahupun bilik anda ‘berbau’, anda boleh letakkan potongan bawang di tempat itu. Pada awalnya, bau bawang akan memenuhi segenap ruang, tetapi setelah beberapa jam dibiarkan bawang merah akan menyerap semua bau busuk yang ada. Oleh itu, hargailah bawang merah anda. Ketahuilah, bawang merah bukan sahaja berguna dalam masakan bahkan membantu untuk memastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih. Biarpun baunya kurang enak, tetapi sebenarnya itulah yang membantu kita untuk sentiasa sihat.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *