Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap
Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap

Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap

Posted on

swampdawamp.info – Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain.

Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap
Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap

Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi. Jintan putih didapati berkesan dalam merangsang kitaran haid dikalangan wanita. Ia juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkat sistem imun, menyahkan toksin, melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat jintan putih yang dapat kami paparkan. Sekarang saya akan berkongsi tentang Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap. Jom kita semak langsung resepi.

Bahan-bahan :

  • 2 kilo daging kambing tanpa tulang di potong kiub 1″.
  • 2 biji bawang besar (dikisar dan jadikan pes pekat).
  • 2 biji tomato dibelah empat (boleh gunakan puree tomatao).
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 6 kuntum cengkih.*
  • 2 keping kayu manis pajangnya dlm 1 inci.*
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga hijau (pelaga putih kualitinya rendah).
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( ikut suka kepedasan).
  • 2 sudu besar cuka tiruan makanan.
  • 2 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
  • 1 sudu (tsp) Garam Masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.*
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.*
  • 1 sudu besar biji rempah (corriander seeds).*
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.*
  • 1 1/2 cawan santan.
  • 10- 20 helai daun kari.

Cara-cara :

  1. Masukkan cuka, serbuk kunyit, garam 1/2 sudu kecil, serbuk cili dan pes halia bawang putih, sebatikan bahan-bahan ini dan sapukan kepada permukaan (gosokan)daging kambing.
  2. Peramkan daging yang telah diadunkan semalaman dalam peti sejuk. Kalau terpaksa buat dengan kadar segera, peramkan sekurang-kurangnya dua (2) jam.
  3. Kisar bawang dan jadikan pes agak pekat. Biji-biji rempah yang bertanda*, goreng kering (roast) dan sejukkan sebelum kisar serbuk halus. Ini rumusan rempah kari daging kambing yang buat sendiri.
  4. Pilihan khusus pilihan alat masak kari kambing ini perlu ambil perhatian. Kita perlu masak kari kambing seperti, “ayam masak kurmak” dalam posting yang sebelum ini. Masak kari ini masak mengikut teknik “simmering”. Anda boleh gunakan “Pot” yang bertudung masak kari kambing ini. Pilih “pot” yang bahagian bawah “pot” itu tebal. Tetapi kaedah masak kambing atau daging lembu paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan “pressure cooker”.
  5. Masukkan minyak dalam periok pressure cooker, bila minyak panas, masukan daun kari, pes bawang yang telah kisar dan serbuk kunyit. Apabila pes bawang mula sejatkan air dan mula bertukar warna dengan minyak mula pecah (api dapur dalam keadaan sederhana panas (low-medium).
  6. Masukkan serbuk cili dan cuma masak dalam 30 saat.
  7. Masukkan pes halia bawang putih dan masak cuma seminit.
  8. Masukkan semua rempah yang telah dikisar serbuk yang telah sediakan.
  9. Biarkan semua campuran ini di masak sehingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkan semua kandungan air dalam pes itu telah sejat dan tersedia masak.
  10. Masukkan daging kambing yang telah diperam. Sebatian dengan semua rempah dalam kuali. Biarkan 5 minit supaya dagingnya masak sdikit dengan haba dan minyak.
  11. Masukkan sedikit air sekiranya diperlukan. Perlu di ingat, air daging juga akan dihasilkan semasa daging sedang masak dengan itu jangan terlalu cair kepekatan kuah. Sekiranya kuahnya pekat kita boleh tambah air sedkit tetapi kuahnya cair sukar kita nak pekatkan kembali.
  12. Tutup tudung pressure cooker dengan ketat. Dari pengalaman mamak haji takat masak daging itu ditentukan dengan bunyi “wisel” tiga kali. Masak dengan dengan “stock pot” perlu jaga paras air dan juga masa daging masak itu masa yang lama 45minit ke 60 minit dan tahap masak daging itu ditentukan dengan siat daging itu.
  13. Bila daging telah empuk, buka tudung pressure cooker dengan terlebih dulu menyejukkan dengan lalukan air paip di atas tudung periok itu selama tiga – 5 minit. Buka tudung dengan berhati-hati. Hidupkan kembali api dapur sederhana dan masukkan santan dan kacau perlahan supaya daging yang telah masak tidak terurai. Masukkan “garam masala”.
  14. Bila kuah mula mendidih tutup api dapur. Masak kari kambing anda telah siap. Bolehlah dihingkan dengan potongan tomota dan daun saderi.

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Kari Kambing Mamak yang Mudah dan Sedap at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Jintan putih mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan. Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukkan jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis. Seperti dengan teh lain, teh jintan putih mudah disediakan. Di rebus dan harus dibiarkan beberapa minit sebelum diminum. Sebagai tonik yang hebat untuk kesihatan badan.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *