Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple
Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple

Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple

Posted on

swampdawamp.info – Antara kebaikan dari ayam kampung yang dapat diperolehi ialah, ayam kampung ini diternak melalui kaedah lepas atau free-range dimana ayam kampung akan menjadi lebih tahan lasak dan membesar secara semula jadi. Dengan itu, ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia.

Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple
Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple

Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang sangat rendah kolesterol dan lemak, akan tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat. Pembesaran ayam kampung lazimnya tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran, di mana hormon pembesaran berfungsi untuk mempercepatkan pembesaran ayam untuk tujuan pengeluaran lebih awal. Selain itu, ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang sedap dan berkhasiat tinggi.

Itulah tadi sedikit penjelasan manfaat ayam kampung. Hari ini saya berkongsi tentang Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam kampung (ayam jantan lagi sedap)
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu besar cili kisar (lagi banyak lagi sedap)
  • Satu biji santan segar
  • 1 liter santan cair
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • sedikit halia tua

Bahan untuk tumisan:

  • 5 biji bawang merah – hiris
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 pelepah daun kari
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 3 biji buah pelaha
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis

Cara-cara memasak :

  1. Potong ayam tersebut ikut suka kemudian dibasuh sehingga bersih serta tos kan.
  2. Bancuh kan bahan yang di kisar halus bersama rempah kari kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan semua bahan tumisan sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Tambah rempah kari dalam bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati kemudian masak sehingga ayam kecut dan tuang santan cair.
  7. Masak ayam sampai empuk, jika kurang kuah tambahkan air kemudian masukkan asam gelugor, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula serta Kacau sehingga rata.
  8. Masukkan santan, lepastu kacau dan masak dengan menggunakan api kecil sambil dikacau sekali sekala Kemudian rasa, jika sudah rasa ok boleh matikan api.
  9. Siap untuk dihidang

Tips :

  • Resepi Masak Kari Ayam lebih sedap jika dimasak tidak terlalu lama kerana dikhuatiri ayam tersebut kurang manis. Selain itu,basuh dahulu ayam tersebut dengan menggunakan tepung untuk elakkan bau hanyir.

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas, pasti kalian bisa cuba Resepi Masak Kari Ayam yang Sedap dan Simple at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Ciri-ciri dari daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolestrol menyebabkan harga ayam kampung di pasaran cukup tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersial. Dagind ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersial yang dijual di pasaran. Kandungan yang dimiliki ayam kampung iaitu 246 tenaga (kkal), 37.9 protein (gr), dan 9 lemak (gr). Dari segi nutrisi, ayam daging komersial lebih tinggi lemaknya berbanding dengan ayam kampung yang rendah lemak.

Ayam kampung juga kaya akan kandungan mineral seperti kalsium, karbon, zat besi, fosfer, kalium, dan zinc serta mempunyai vitamin A dan B. Tambahan lagi, ayam kampung ini tidak diberi sebarang suntikan bahan kimia seperti ayam daging di pasaran. Perkara ini jelas menggambarkan ayam kampung jauh lebih sihat berbanding dengan ayam daging yang terdapat di pasaran, kebiasaannya ayam daging akan mula diproses pada usia 3-4 bulan. Berbeza pula dengan ayam kampung yang memakan masa lebih daripada itu untuk disembelih atau diproses.

Ayam kampung ini biasanya dipelihara oleh masyarakat sebagai sumber protein haiwani yang baik dari segi daging atau telur ayam itu, bahkan najis atau kotorannya juga dapat dimanfaatkan sebagai baja tanaman mahupun makanan ikan. Oleh sebab itu, ayam kampung mestilah diiberi makanan yang secukupnya untuk mendapatkan keadaan ayam serta telur yang berkhasiat.

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *