Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple
Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple

Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple

Posted on

swampdawamp.info –¬†Walaupon ada beberapa orang yang beranggapan bahawa rasa petola ni pahit dan tak sedap, namun di sebalik rasanya yang unik itu tersimpan pelbagai khasiat yang dipercayai dapat membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat. Memakan petola dengan kerap merupakan cara yang paling berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan yang tercemar. Di samping itu petola juga dapat bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati. Menyembuhkan penyakit jaundis atau sering disebut juga dengan nama sakit kuning kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati. Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan petola membantu pesakit kencing manis. Hal ini di keranakan kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah.

Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple
Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple

Selain itu juga petola dipercayai dapat mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan. Petola mengandungi lemak sayuran yang sangat baik iaitu lemak yang tergolong dalam kategori lemak tak tepu. Selain mengandungi kadar kolesterol yang sangat rendah, petola juga mengandungi kadar air yang tinggi. Pengambilan sayur petola sangat Ideal bagi membantu penurunan berat badan. Khasiat dari petola sebagai agen mengawal keasidan serta ulser pada perut. Cara masak petola yang betul perlu diamalkan semasa memasak sayur petola ini, bukan sahaja bagi memastikan rasanya sedap malah bagi menjamin khasiat petola tidak hilang semasa di masak.

Itulah tadi sedikit penjelasan tentang manfaat daripada petola. Hari ini saya akan berkongsi tentang Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple. Okey jom semak sahaja resepinya langsung…

Bahan-bahan :

  • 2 biji petola
  • 1 biji bawang besar saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 biji telur
  • sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
  • seikat kecil suhun (betul ke eja camtu?ke su’un? haha)cuci bersih dan rendam dalam air.
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Anggaran 4 cawan air (kalau nak banyak kuah tambah lagi airnya)

Cara-cara memasak :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong, rendam dalam air dan ketepikan. Tujuan rendam dalam air ni biar petola ni jangan lebam. Kalau kita tos kering, nanti dia lebam. tak cantik pula rupa dia nanti.
  2. Hiris bawang besar dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak anggaran 2 sudu untuk menumis. Agak minyak dah panas, masukkan bawang, bawang putih & ikan bilis.
  4. Agak layu dan garing bahan-bahan yang ditumis tu, masukkan pula 4 cawan air. Biarkan sampai mendidih.
  5. Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur petola, biarkan agak layu / lembut baru pecahkan telur. Kalau tak nak telur tu hancur masa masukkan dalam periuk, pecahkan dulu telur dalam piring, kemudian tuang dalam senduk barulah dimasukkan dalam kuah tadi. Baru cantik kejadiannya.
  6. Kemudian masukkan pula suhun yang telah direndam tadi. Masukkan sekali sedikit garam dan serbuk perasa jika suka. Rasa, agak sesuai rasa garam tadi, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Notes :

  • Resepi sup sayur telur Sesuai juga dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan.

Mudah sahaja kan resepinya yang saya kongsikan di atas tadi, pasti kalian bisa cuba Resepi Sup Sayur Telur yang Paling Sedap dan Simple at home. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!!

Blog ini ialah kumpulan dari pelbagai koleksi resepi-resepi masakan Kari yang Sedap dan Lazat. Tujuan utama dari blog ini ialah untuk mengongsikan resepi-resepi Kari ke seluruh masyarakat Malaysia. Jika anda sudi, sila cuba resepi-resepi dari blog ini. Jangan lupa share ke kawan-kawan dan sanak family ye. Semoga resepi dari blog ini dapat berguna dan selamat mecuba. Terimakasih dan Semoga Berjaya.

Incoming search terms:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *